Sebarang Pertanyaan:

1800 88 4787

+603 6141 8684/85 (Luar Negara)

@stormreadershq

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017 BERMULA 28 APRIL -7 MEI 2017. JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI KE BOOTH KAMI .... https://t.co/xjV34jP2E5 April 28 (3 days ago)
Hanya tinggal dua hari lagi berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2017 iaitu bermula 28/4/2017(JUMAAT).... https://t.co/Y9oq5s6jic April 25 (6 days ago)
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017 Nantikan Pesta Buku Antarabangsa 2017,yang akan berlangsung pada 28 APRIL - 7 MEI... https://t.co/5L9LUmAEjJ April 21 (10 days ago)
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017 Nantikan Pesta Buku Antarabangsa 2017,yang akan berlangsung pada 28 APRIL - 7 MEI... https://t.co/RmiP1sEHze April 21 (10 days ago)
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017 Nantikan Pesta Buku Antarabangsa 2017,yang akan berlangsung pada 28 APRIL - 7 MEI... https://t.co/Z77Bw5EyIy April 19 (12 days ago)

Stormreaders Network

    DEFINISI
  • Pemohon: Individu yang masih belum lagi menjadi Ahli/Pengedar Stormreaders Network.
  • Ahli: Individu yang menyertai keahlian dengan yuran RM90, dan boleh memulakan perniagaan secara online melalui laman web e-Store peribadi yang disediakan oleh syarikat.
  • Rakan Pengedar: Ahli yang telah maju ke peringkat seterusnya dengan membuat belian peribadi terkumpul sehingga 100CP dan sedia untuk membina kumpulannya.
  • Pengedar: Rakan Pengedar yang telah berjaya membina kumpulannya yang terdiri daripada rakan-rakan pengedar lain.

    SYARAT-SYARAT AHLI/PENGEDAR
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan dibuat.
  • Permohonan menjadi Ahli/Pengedar mestilah menggunakan borang permohonan rasmi syarikat yang lengkap diisi sama ada melalui pengedar lain atau datang sendiri ke pejabat syarikat.
  • Pemohon mestilah seorang individu yang menetap atau mempunyai alamat di Malaysia serta mempunyai kad pengenalan yang sah.
  • Setiap permohonan untuk menjadi Ahli hendaklah disertakan dengan yuran keahlian RM90.
  • Ahli/Pengedar yang dibatalkan Keahlian/Pengedaran atau Ahli/Pengedar Menarik Diri tidak layak memohon kembali sebagai ahli/Pengedar sehingga 6 bulan dari tarikh pembatalan keahlian/Pengedaran.
  • Pemohon bersetuju dengan segala Polisi dan Prosedur serta Pelan ganjaran Stormreaders Network.
  • Menyerahkan satu salinan asal Borang Permohonan yang telah ditandatangani kepada pihak syarikat.
  • Pemohon bukanlah seorang yang bankrap dan tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah. Keahlian/Pengedaran atau permohonan akan di tolak serta merta sekiranya Syarikat mendapati Pemohon/Ahli/Pengedar adalah seorang bankrap atau mempunyai rekod jenayah lampau.
  • Pemohon tidak pernah disenarai hitam dalam mana-mana rekod syarikat perniagaan berangkai lain atau di dalam bank data ejen-ejen insurans. Keahlian/Pengedaran atau permohonan akan ditolak serta merta sekiranya Syarikat mendapati Pemohon/ Ahli/Pengedar adalah seorang bankrap atau mempunyai rekod jenayah lampau.

    HAK-HAK AHLI/PENGEDAR
  • Ahli/Pengedar boleh memindah Keahlian/Pengedarannya kepada sesiapa selagi Ahli/Pengedar masih hidup. Proses pemindahan Keahlian/Pengedaran akan dikenakan kadar harga yang akan ditentukan oleh syarikat. Ahli/Pengedar yang telah meninggal dunia akan dipindahkan Keahlian/Pengedarannya kepada pewaris yang telah dinyatakan dalam borang permohonan.
  • Pasangan suami isteri boleh membuat permohonan secara berasingan untuk Keahlian/Pengedaran dan salah seorang daripada mereka perlu ada di bawah satu rangkaian yang sama dengan pasangannya.
  • Ahli/Pengedar diberi peluang untuk menarik diri daripada menjadi Ahli/Pengedar syarikat dalam tempoh masa 10 (sepuluh) hari daripada tarikh Keahlian.
  • Syarikat akan memulangkan semula wang yang telah dibayar oleh Ahli/Pengedar untuk menjadi Ahli/Pengedar sekiranya Ahli/Pengedar menarik diri seperti menurut klausa di atas.
  • Ahli/Pengedar yang ingin menarik diri hendaklah memberi notis bertulis selama 30 (tiga puluh) hari dengan alasan yang munasabah kepada syarikat.

    HAK-HAK SYARIKAT
  • Syarikat mempunyai hak mutlak untuk menolak sebarang permohonan menjadi Ahli/Pengedar tanpa perlu mengemukakan sebarang alasan atau sebab.
  • Syarikat berhak meminda pelan pemasaran pada bila-bila masa tanpa merujuk kepada Ahli/Pengedar.
  • Sebarang notis berkenaan dengan Ahli/Pengedar atau produk atau pelan pemasaran akan diberitahu melalui laman web dan Ahli/Pengedar bersetuju dengan penyampaian notis di dalam bentuk seumpama ini.
  • Pihak syarikat berhak menarik balik dan/atau menggantung sebarang bentuk pemberian dan/atau insentif kepada Ahli/Pengedar yang melanggar Polisi dan Kod Etika dan/atau mana-mana peruntukan dan/atau perjanjian dan/atau peraturan yang telah dipersetujui oleh Ahli/Pengedar dan Syarikat.

    PERSETUJUAN BERSAMA
  • Syarikat akan menjelaskan sebarang bentuk pemberian dan/atau insentif kepada Ahli/Pengedar yang layak menerima melainkan Ahli/Pengedar Dibatal Keahlian/ Pengedaran dan/atau Ahli/Pengedar Menarik Diri.
  • Syarikat akan membekalkan produk kepada Ahli/Pengedar sebaik sahaja Borang Pesanan Produk dan bayaran penuh telah diterima serta disahkan oleh pihak Syarikat.
  • Ahli/Pengedar dilarang menyalahgunakan status Keahlian/Pengedarannya untuk melanggar undang-undang dan/atau peraturan-peraturan enakmen dan/atau akta Kerajaan Malaysia.
  • Ahli/Pengedar tidak dibenarkan memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat yang menerima gaji, upah, atau tender daripada syarikat. Dalam setiap masa Ahli/ Pengedar merupakan kontraktor bebas syarikat.
  • Syarikat akan membatalkan Keahlian/Pengedaran individu dan/ atau kumpulan yang menyertai program perniagaan berangkai yang lain yang boleh menggugat atau menjatuhkan nama syarikat atau mempunyai produk yang sama dengan syarikat.
  • Ahli/Pengedar tidak dibenarkan memfitnah dan/atau menghasut dan/atau apa cara sekalipun sehingga menimbulkan permasalahan kepada Ahli/Pengedar lain dan/ atau Syarikat.
  • Ahli/Pengedar tidak dibenarkan membuat sendiri apa-apa bahan cetakan promosi yang berkaitan dengan Ahli/Pengedar tersebut adalah Ahli/Pengedar,rakan pengedara atau pengedar kepada syarikat dan syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap promosi dan/atau aktiviti yang mereka jalankan tanpa persetujuan bertulis daripada syarikat.
  • Kos aktiviti yang dianjurkan oleh Ahli/Pengedar akan ditanggung sendiri oleh Ahli/ Pengedar sendiri melainkan aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat.
  • Syarikat berhak membuat jualan di mana-mana kawasan di dalam dan/atau di luar negara.
  • Ahli/Pengedar-Ahli/Pengedar tidak dibenarkan membuat jualan dalam pasaran Malaysia dan luar negara melainkan syarikat telah menjalankan operasinya di tempat tersebut.
  • Ahli/Pengedar tidak dibenarkan membuka atau menjalankan operasi sebagai Pusat Jualan (berpremis) yang memaparkan logo, nama, cogan kata syarikat tanpa kelulusan bertulis daripada pihak syarikat. Logo yang digunakan perlu ada pemberitahuan bahawa Ahli/Pengedar tersebut adalah rakan pengedar, pengedar syarikat. Logo tersebut boleh didapati daripada laman web atau permohonan dengan pihak syarikat.
  • Pewaris layak menerima segala pampasan dan/atau insentif sekiranya ada dan layak.
  • Ahli/Pengedar dikehendaki memberi makluman secara bertulis kepada syarikat mengenai ceramah yang memerlukan penceramah daripada syarikat. Makluman mestilah diberi 1 (satu) bulan lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan akibat temujanji yang bertindih.
  • Ahli/Pengedar tidak boleh mengamalkan pelan pemasaran yang tidak diluluskan oleh syarikat.
  • Ahli/Pengedar tidak di benarkan untuk membeli pangkat di dalam pelan pemasaran syarikat atau merepresentasi kepada pihak ketiga berkenaan dengan klausa ini.
  • Ahli/Pengedar perlu mematuhi semua undang-undang dan/atau peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib khususnya Undang-Undang Akta Jualan Langsung 1993 dan Peraturan Jualan Langsung dan prinsip-prinsip Syariah berkenaan dengan muamalah Islam (Lampiran A dan Lampiran B).

    PRODUK DAN HARGA
  • Ahli/Pengedar dilarang menjual produk dengan harga dan/atau nilai yang kurang atau lebih daripada harga yang telah ditetapkan oleh syarikat.
  • Semua urusniaga pembelian dilakukan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM) dan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) di Pusat Jualan syarikat.
  • Hanya Borang Pesanan Produk atas talian (online) yang didapati daripada laman web syarikat sahaja yang boleh digunakan.
  • Ahli/Pengedar boleh membuat pertukaran produk sekiranya terdapat kerosakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan produk. (Sila rujuk polisi pertukaran produk).
  • Ahli/Pengedar tidak dibenarkan melabel atau membungkus semula mana-mana produk yang dipasarkan oleh syarikat.
  • Ahli/Pengedar tidak dibenarkan menjual semula produk di mana-mana premis seperti pasar raya atau kedai buku tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada pihak syarikat.
  • Ahli/Pengedar mesti mempamerkan tanda harga ke atas semua produk.
  • Hanya menjual produk yang diluluskan oleh syarikat.
  • Sebarang kos berkenaan dengan penghantaran produk melainkan dinyatakan sebaliknya oleh syarikat mesti ditanggung oleh Ahli/Pengedar sendiri.

    PERTUKARAN PRODUK
  • Pertukaran produk perlu dibuat dalam tempoh masa 6 (enam) bulan daripada tarikh penerimaan produk. Sebarang pertukaran selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan oleh syarikat.
  • Pertukaran produk adalah dengan produk yang lain sahaja. Pertukaran produk dengan wang tunai tidak dibenarkan. syarikat berhak membeli balik produk yang ditukarkan dengan harga sembilan puluh peratus (90%) daripada harga yang dibeli oleh Ahli/Pengedar sekiranya produk ditukar selepas tempoh masa empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan produk.
  • Sebarang kos pengangkutan dan/atau pos bagi penukaran produk akan di tanggung oleh Ahli/Pengedar sendiri.
  • Produk yang ingin ditukar mestilah dalam keadaan dan kualiti yang baik dan di dalam keadaan boleh dijual mengikut etika perniagaan yang diterima semua. Ahli/ Pengedar bersetuju bahawa syarikat mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan produk tersebut dalam keadaan dan kualiti yang baik dan di dalam keadaan boleh dijual mengikut etika perniagaan yang diterima semua. Klausa ini tidak terpakai sekiranya produk yang dihantar oleh syarikat rosak atas kesalahan dan/atau kecuaian syarikat sendiri. Produk yang rosak disebabkan pihak ketiga seperti syarikat pengangkutan atau pos bukan merupakan tanggungjawab syarikat. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk menginsuranskan produk yang ingin dihantar tetapi Ahli/ Pengedar boleh membayar insurans bagi penghantaran produk di atas kos mereka sendiri.
  • Produk yang rosak selepas produk tersebut telah diterima oleh penerima adalah bukan atas tanggungjawab syarikat.

    KOMISYEN DAN BONUS
  • Ahli/Pengedar yang mencapai had jualan seperti yang telah ditetapkan oleh syarikat akan mendapat kemudahan komisyen dan bonus.
  • Setiap jualan Ahli/Pengedar akan dikira dan direkodkan setiap hari pada 12.00 pagi.
  • Pengiktirafan insentif dan hadiah akan dimaklumkan kepada Ahli/Pengedar secara bertulis.
  • Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada Penyata Jualan maka Ahli/Pengedar mestilah memaklumkan secara bertulis kepada syarikat secepat mungkin.
  • Kegagalan mengemukakan bantahan seperti perkara di atas, Ahli/Pengedar akan dianggap menerima Penyata Jualan yang betul.
  • Ahli/Pengedar bersetuju bahawa penyata akaun syarikat akan menjadi bukti konklusif dan akhir berkenaan dengan akaun Ahli/Pengedar.
  • Ahli/Pengedar yang tidak menunjukkan dan/atau memajukan kepimpinan tidak akan menerima bonus global rangkaian. Kriteria penerimaan tersebut akan ditentukan oleh pihak syarikat.

    ETIKA URUSNIAGA
  • Urusniaga di Pusat Jualan Syarikat berjalan pada hari Isnin dan Selasa antara jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam dan pada hari Sabtu antara jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.
  • Ahli/Pengedar boleh membuat sebarang transaksi atas talian (online) pada bila-bila masa setiap hari.
  • Transaksi melalui sistem afiliat oleh Pihak Ketiga juga boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  • Ahli/Pengedar tidak boleh mengamalkan jualan paksaan/desakan/penipuan termasuk mengadakan cabutan bertuah, perjanjian hadiah percuma, diskaun atau penajaan serta tidak mengeluarkan risalah-risalah selain yang dikeluarkan oleh syarikat.
  • Mematuhi Undang-Undang Akta Jualan Langsung 1993 dan Peraturan Jualan Langsung dan prinsip-prinsip Syariah berkenaan dengan muamalah Islam (Lampiran A dan Lampiran B).

    MAKLUMAN BERTULIS
  • Notis pembatalan Keahlian/Pengedaran akan diberikan kepada Ahli/Pengedar dan mesti memberi alasan oleh Ahli/Pengedar dalam masa 7 hari dari tarikh notis dikeluarkan melainkan dinyatakan sebaliknya di mana-mana klausa di dalam perjanjian ini. Kegagalan menjawab dan memberikan alasan yang munasabah akan menyebabkan Keahlian/Pengedarannya dibatalkan serta-merta.
  • Setiap notis yang dikeluarkan oleh syarikat akan disifatkan sempurna sekiranya notis tersebut dialamatkan ke alamat terakhir yang tercatat pada Borang Pendaftaran Ahli/ Pengedar yang telah diserahkan kepada syarikat. Syarikat akan merujuk juga alamat terbaru jika Ahli/Pengedar memaklumkan kepada syarikat. Sebarang notis atau surat atau dokumen di antara Ahli/Pengedar dan syarikat akan sempurna sekiranya dihantar melalui pos berdaftar atau kurier.
  • Setiap notis bertulis oleh Ahli/Pengedar mestilah dialamatkan ke alamat perniagaan syarikat.

    PEMBATALAN KEAHLIAN/PENGEDARAN
  • Pembatalan Keahlian/Pengedaran yang berlaku adalah muktamad. Sebarang suratmenyurat tidak akan dilayan.
  • Apabila Keahlian/Pengedaran terbatal, segala bentuk pemberian, kemudahan, hadiah,bonus dan insentif kepada Ahli/Pengedar yang belum dan/atau akan diberikan kepada Ahli/Pengedar akan diberhentikan serta-merta.
  • Ahli/Pengedar yang Keahlian/Pengedarannya terbatal tidak boleh memohon semula sebagai Ahli/Pengedar syarikat. Selepas tempoh 6 bulan baru boleh memohon semula diatas budi bicara pihak syarikat.
  • Ahli/Pengedar yang dibatalkan Keahlian/Pengedarannya akan ditarik balik segala bentuk akses dan kemudahan atas talian yang melibatkan server syarikat.
  • Ahli/Pengedar yang terbatal Keahlian/Pengedarannya tidak boleh menuntut balik apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Ahli/Pengedar akibat daripada Keahlian/ Pengedarannya terbatal.

    ETIKA TERHADAP PIHAK KETIGA
  • Ahli/Pengedar tidak dibenarkan memberi maklumat yang bersifat mengelirukan kepada Pihak Ketiga.
  • Ahli/Pengedar perlu memperkenalkan diri terlebih dahulu dengan menunjukkan kad Keahlian/Pengedaran secara jujur kepada Pihak Ketiga dan menjawab soalan mereka secara telus.
  • Penerangan produk perlulah lengkap dan betul terutama dari segi harga, tempoh, perkhidmatan selepas jualan dan juga penghantaran.
  • Ahli/Pengedar perlu memberi jawapan yang tepat dan mudah difahami terhadap semua soalan yang diajukan berhubung produk dan syarikat.
  • Ahli/Pengedar perlu mengelakkan diri daripada memberi pandangan dan perbandingan negatif dan mengelirukan terhadap pesaing syarikat. Perbandingan dan pandangan perlulah dibuat secara adil dan saksama. Sebarang bentuk fitnah yang menjejaskan kredibiliti syarikat dan produk adalah dilarang.
  • Hubungan peribadi atau telefon perlu dilakukan secara munasabah dari segi tempat dan masa untuk memastikan Pihak Ketiga selesa dan tidak tertekan. Ahli/Pengedar perlu berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti atau pendaftaran yang melibatkan Pihak Ketiga jika diminta berbuat demikian.
  • Ahli/Pengedar dilarang untuk mengelirukan pihak ketiga berkenaan dengan produk syarikat dengan memberikan penekanan berlebihan berhubung bonus yang tinggi dan tidak benar.

    ETIKA PENGGUNAAN eSTORE DAN eNET
  • Apabila anda mendaftar di laman web ini atau mana-mana laman web di bawah hak milik Stormreaders, anda diminta mengemukakan nama, alamat emel, tarikh lahir, jantina, nombor poskod, pekerjaan, industri serta beberapa perkara peribadi anda. Maklumat ini dikumpul bagi membolehkan pihak syarikat menyediakan kandungan serta maklumat yang berkaitan untuk anda.
  • Pihak syarikat tidak akan menjual, menyewa atau berkongsi maklumat anda dengan mana-mana individu mahupun syarikat-syarikat yang tidak berkaitan dengan Stormreaders Network kecuali bagi tujuan menyampaikan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang telah anda minta.
  • Pihak syarikat mungkin mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda di laman web ini serta lain-lain aktiviti di dalam-talian Stormreaders Network. Syarikat akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan analisis dalaman bagi membolehkan pihak syarikat menyediakan maklumat yang sejajar dengan minat anda.
  • Kesemua kandungan editorial, imej grafik serta multimedia yang terkandung di dalam laman web ini terpelihara di bawah undang-undang hakcipta serta lain-lain undang-undang dan perjanjian antarabangsa yang berkaitan dan adalah merupakan hakmilik syarikat atau/dan pembekal-pembekalnya.
  • Hasil kerja, logo, grafik, bunyi atau imej yang terkandung laman web tidak boleh ditiru, dihasilkan semula atau pun diciplak sama ada sebahagian daripadanya ataupun keseluruhannya, melainkan dengan kebenaran sahih daripada pihak syarikat.
  • Pihak syarikat mengalu-alukan permohonan kebenaran menggunakan kandungan atau bahan-bahan di dalam laman web ini. Kebenaran akan diberikan berdasarkan pertimbangan teliti setiap permohonan dan mereka yang berminat diminta menghantar permohonan ke pihak syarikat.
  • Maklumat yang terkandung di laman web adalah betul semasa penerbitan. Walaupun segala langkah berhati-hati telah diambil sewaktu pembangunan laman web ini, pihak syarikat tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan atau ketiadaan/ ketinggalan maklumat yang mungkin berlaku.
  • Sebarang rujukan yang dibuat oleh syarikat menerusi laman web kepada manamana syarikat atau entiti yang lain, atau kepada perkhidmatan serta produk mereka, bukanlah merupakan suatu pengesahan dan tidak boleh dianggap sebagai suatu pengesahan tentang kualiti mahupun kesempurnaan syarikat atau entiti tersebut atau pun perkhidmatan dan produk yang ditawarkan olehnya.
  • Laman web yang dipaparkan pautannya di sini bukanlah di bawah bidang kuasa syarikat dan pihak syarikat tidak bertanggungjawab di atas sebarang kandungan, perubahan serta pembaharuan maklumat di dalam laman-laman web tersebut.

    LATIHAN
  • Syarikat akan memberikan latihan dan/atau kursus dan/atau taklimat kepada Ahli/ Pengedar dari masa ke semasa untuk tujuan latihan asas atau kenaikan pangkat.
  • Ahli/Pengedar diwajibkan untuk menghadiri sebarang kursus dan/atau taklimat dan/ atau latihan yang dianjurkan oleh syarikat.
  • Syarikat berhak mengenakan bayaran bagi kursus dan/atau taklimat dan/atau latihan yang dianjurkan oleh syarikat untuk kos dokumen yang disediakan, penginapan, makananan dan sewa premis.

    POLISI UMUM
  • Ahli/Pengedar akan dibatalkan Keahlian/Pengedarannya sekiranya pihak syarikat mendapati Ahli/Pengedar telah melanggar mana-mana Polisi dan Kod Etika.
  • Syarikat berhak menuntut ganti rugi yang ditanggung oleh pihak syarikat atas pelanggaran mana-mana Polisi dan Kod Etika yang dilakukan oleh Ahli/Pengedar atau ditanggung rugi oleh Ahli/Pengedar sepenuhnya.
  • Sebarang permohonan untuk kelulusan bagi semua perkara perlu di buat secara bertulis oleh Ahli/Pengedar.
  • Segala kelulusan syarikat hanya dikira terpakai sekiranya ia dibuat secara bertulis oleh syarikat.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul yang tidak dinyatakan prosedur penyelesaiannya di dalam perjanjian ini, pihak-pihak akan cuba menyelesaikannya secara perbincangan dalam tempoh masa 14 (empat belas) hari dari tarikh masalah tersebut dikemukakan. Sekiranya gagal diselesaikan dalam tempoh masa tersebut, pihak-pihak bersetuju melantik satu penimbangtara bebas untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya pihak-pihak gagal bersetuju untuk melantik penimbangtara bebas dalam tempoh masa 14 (empat belas) hari, penimbangtara yang dicadangkan oleh syarikat akan mengendalikan proses timbangtara tersebut. Segala keputusan yang dibuat oleh penimbangtara adalah muktamad dan akhir dan terikat kepada pihak-pihak. Pihak yang didapati bersalah akan menanggung segala kos timbang tara ini. Penimbangtara dalam konteks ini tidak semestinya terdiri daripada penimbangtara berlesen tetapi ia boleh dipilih oleh pihak-pihak dari manamana individu sekalipun.
  • Ahli/Pengedar bersetuju membenarkan syarikat dari masa ke semasa berhak mengubah polisi dalam perjanjian ini tanpa merujuk kepada Ahli/Pengedar.

Newsletter

Langgan informasi secara percuma!
Please wait