Sebarang Pertanyaan:

1800 88 4787

+603 6141 8684/85 (Luar Negara)

@stormreadershq

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017 BERMULA 28 APRIL -7 MEI 2017. JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI KE BOOTH KAMI .... https://t.co/xjV34jP2E5 April 28 (3 days ago)
Hanya tinggal dua hari lagi berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2017 iaitu bermula 28/4/2017(JUMAAT).... https://t.co/Y9oq5s6jic April 25 (6 days ago)
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017 Nantikan Pesta Buku Antarabangsa 2017,yang akan berlangsung pada 28 APRIL - 7 MEI... https://t.co/5L9LUmAEjJ April 21 (10 days ago)
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017 Nantikan Pesta Buku Antarabangsa 2017,yang akan berlangsung pada 28 APRIL - 7 MEI... https://t.co/RmiP1sEHze April 21 (10 days ago)
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017 Nantikan Pesta Buku Antarabangsa 2017,yang akan berlangsung pada 28 APRIL - 7 MEI... https://t.co/Z77Bw5EyIy April 19 (12 days ago)

Print Friendly and PDF

Stormreaders Network

 

Mukaddimah

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-93178), ianya merupakan rangkaian usahawan muslim melalui perniagaan secara ‘online’ yang menggunakan kaedah sistem ‘affiliate’ dan pemasaran bertingkat (MLM). Stormreaders kini ditubuhkan dalam dunia perniagaan hasil daripada cetusan idea manarik dari pengasas iaitu Tuan Syah Rizal Mohamed.  Stormreaders juga dikendalikan di bawah kelolaan Lembaga Pengarah Tuan Haji Abdul Waharp Yusoff iaitu Pengerusi Kumpulan Telaga Biru Sdn. Bhd. yang telah berkecimpung dalam industri penerbitan dan audio visual selama 40 tahun.  Sekarang, Stormreaders Network di bawah naungan Tuan Haji Iqbal Hj. Abdul Waharp selaku Pengarah Urusan yang terlibat secara langsung sejak syarikat ditubuhkan dan dibantu oleh Encik Al-Barraq Hj. Abdul Waharp dalam menggerakkan segala urusan dan aktiviti syarikat.

Istimewa tentang Stormreaders ini ialah sistem pemasaran bertingkat (MLM) yang digunakan oleh syarikat adalah Patuh Syariah (Syariah Compliant), di bawah bimbingan penasihat syariah. Penasihat syariah ini haruslah dilantik secara rasmi, mempunyai akses dan kuasa dalam semua aktiviti perniagaan yang berkaitan. Penasihat syariah sentiasa dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam aktiviti perniagaan agar ianya sentiasa berada di landasan yang betul, jelas dan patuh syariah. Stormreaders Network telah melantik tokoh dan ilmuan iaitu Dr. Zahazan Mohamed untuk memantau dan memastikan perjalanan aktiviti perniagaan sentiasa di dalam garis panduan.

Setelah sistem affiliate dan MLM berlandaskan Patuh Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK merupakan pusat ilmu sehenti untuk para penerbit tanah air yang menghasilkan bahan bacaan berkualiti serta produk Islamik berasaskan pemakanan sunnah dan halal untuk dipersembah dan diedarkan. Pelbagai program keusahawanan dan kerjasama strategik diadakan untuk para ahli memiliki produk, menambah ilmu dan pada masa yang sama menjana pendapatan tambahan tanpa ragu-ragu.

 

Strategi Perniagaan

  • Menonjolkan kelebihan perniagaan rangkaian Stormreaders sebagai perniagaan rangkaian yang berlandaskan syariat Islam.
  • Model perniagaannya adalah berteraskan produk yang berkualiti dan harga berpatutan.
  • Memperkasakan sistem-sistem latihan dan kemudahan sokongan kepada setiap ahli, memastikan setiap ahli tidak ketinggalan dan tercicir. Motivasi ahli akan sentiasa dimantapkan agar berada pada tahap tertinggi sekaligus menyumbang kepada keyakinan diri yang tinggi.
  • Setiap ahli Stormreaders berada dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian, perjumpaan berkonsepkan musyawarah lebih kerap dilakukan bagi mewujudkan ukhuwah antara ahli.
  • Stormreaders secara dinamiknya akan mencari cara-cara yang inovatif dan kreatif untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang baru. Teknologi terkini seperti teknologi web dan teknologi mudah alih digunakan dengan sebaik mungkin serta pelan pemasaran dirangka supaya dapat menjana pendapatan yang paling optimum.
  • Tumpuan utama adalah kepada produk dan seterusnya pengembangan organisasi kumpulan. Oleh itu usaha yang gigih perlu dilakukan untuk menjaga kualiti dan kemantapan produk.
  • Memastikan bahawa setiap strategi dan perancangan Stormreaders tidak lari daripada tujuan asal, iaitu mewujudkan peluang perniagaan yang mampu dan mudah disertai, yang mematuhi syariat disamping mewujudkan masyarakat yang berilmu.
  • Menunjukkan skil kepimpinan dan pemasaran yang perlu untuk berjaya.
  • Mengajar ahli bagaimana melatih rakan-rakan pengedar lain supaya melakukan kejayaan yang sama.
Kami mempunyai lebih +3000 bahan ilmiah dan produk sedia untuk menghiasi dinding hati, rumah anda, keluarga serta rakan-rakan anda!
 
Tn. Hj. Abd Waharp Yusoff
Pengerusi Telaga Biru
 
Tn. Syah Rizal Bin Mohamed
Pengasas Utama
 
Hj. Iqbal Hj. Abd Waharp
Pengarah Urusan
 
Al-Barraq Bin Abd Waharp
Pengurus Pemasaran
 
Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Penasihat Syari'ah
 

Newsletter

Langgan informasi secara percuma!
Please wait