Sebarang Pertanyaan:

1800 88 4787

+603 6141 8684/85 (Luar Negara)

@stormreadershq

NOTIS PENTING: UNTUK MAKLUMAN AHLI DAN PELANGGAN YANG DIHORMATI, SEGALA OPERASI DI STORMREADERS NETWORK SDN BHD... https://t.co/Z364Yqg4cR June 13 (13 days ago)
Alhamdulillah PBAKL 2017,baru sahaja selesai... Kepada yang berminat untuk melanggan majalah SOLUSI DAN ALUSTAZ... https://t.co/OjKOzUiV73 May 8 (2 months ago)
JOM LANGGAN MAJALAH SOLUSI & AL USTAZ. Apa yang istimewanya,anda berpeluang menikmati diskaun 30% bagi pembelian... https://t.co/q8mGZALH6z May 3 (2 months ago)
I posted a new video to Facebook https://t.co/frmJT6L8W0 May 3 (2 months ago)
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017 (28 APRIL - 7 MEI 2017) Assalamualaikum... Jemput datang... https://t.co/ax7jcy0r9o May 2 (2 months ago)

Stormreaders Network

 

Aktiviti perniagaan dan segala yang berkaitan dengannya yang memiliki status patuh syaria'h bukanlah hanya sekadar memaparkan perkataan 'Patuh Syaria'h' pada laman sesawang atau bahan-bahan promosi, atau kefahaman peribadi pengusaha yang dibaca dari mana-mana garis panduan. Ianya haruslah datang dengan pengesahan daripada tokoh ilmuan yang layak dan boleh dipertanggungjawabkan.

Penasihat syaria'h ini haruslah dilantik secara rasmi, mempunyai akses dan keutamaan dalam semua aktiviti perniagaan yang berkaitan. Penasihat syari'ah haruslah sentiasa dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam aktiviti perniagaan supaya sentiasa di dalam garis panduan. Stormreaders Network telah melantik tokoh dan ilmuan iaitu Dr. Zahazan Mohamed untuk memantau dan memastikan perjalanan aktiviti perniagaan sentiasa di dalam garis panduan.

Langkah yang diambil oleh Stormreaders untuk tidak membuat apa-apa aktiviti perniagaan selama 2 tahun (2007-2008) sebelum mendapat pengesahan daripada penasihat syaria'h dan lesen jualan langsung daripada kementerian telah melahirkan sebuah perniagaan yang sempurna walaupun agak terasing daripada perniagaan 'multi-level'arus perdana ketika itu.

Penilaian Hukum Syariah bagi pelan Pemasaran

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW, para sahabatnya dan setiap mereka yang menuruti jalan lurus panduannya. Setelah dilakukan semakan dan perbincangan berkenaan plan perniagaan yang diberikan, sekadar kemampuan kami, berikut disertakan hasil semakan ke atas pelan pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd:-

    Penjelasan:
  • Kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada ‘subject matter’ dalam skim Stormreaders Network Sdn. Bhd
    Penjelasan:
  • Untuk menjadi ahli, pendaftaran hanya yuran sebanyak RM90 sahaja (tanpa harga 6% GST, selepas GST RM95.40). Dengan keahlian ini anda akan memiliki kad keahlian, Sistem e-Net dan Laman web sistem e-Store (Laman Kedai Maya), (Memperbaharui akaun tahunan RM45).

Maka, setelah semakan, beberapa akad telah digunakan iaitu:

    Penjelasan:
  • e-Store dan Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).

Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai akad tersendiri di dalam Islam dan semua akad tersebut adalah harus dan halal.

Menggabungkan pelbagai akad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua akad berdiri dengan sendirinya (mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan “uqud mutanaqidhah wa mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.

Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan daripada:

    20% Komisyen jualan e-Store peribadi, penjelasan:
  • Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-Store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’.
  • Akad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-Store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% daripada semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam akad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.
    5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi. Penjelasan:
  • Pendapatan ini halal, ia didasari oleh akad hibah, iaitu hadiah daripada sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka
    Ahli boleh maju kepada peringkat Pengedar dengan membuat pembelian peribadi terkumpul yang bernilai 100 mata (RM300+/-). Penjelasan:
  • Tiada masalah dari sudut hukum kerana penganugerahan ini datang daripada pihak syarikat sejurus ahli mencapai tahap yang ditentukan. Oleh kerana gelaran ini datang dengan sedikit kelebihan tambahan, ia didasari oleh akad Hibah. Pembelian peribadi yang disyaratkan juga tiada bermasalah kerana ia adalah pembelian aset sebenar (iaitu produk buku dan lain-lain), dan pembelian peribadi ini tidak diikat dengan sebarang syarat lain yang bertentangan dengan sifat akad jual beli (Muqtada al-Aqd).
    5% komisyen jualan peribadi di dalam rangkaian (‘Direct Sponsor’). Penjelasan:
  • Didasari oleh akad Hibah daripada satu pihak, tiada sebarang masalah dari perspektif Syari’ah.
    10% Bonus ‘overriding’ e-Store Tajaan Peribadi (dengan syarat jualan minima e-Store peribadi mencapai RM500 setiap bulan. Penjelasan:
  • Akad digunakan adalah Hibah Bi Syarti Iwad. Iaitu hadiah dengan syarat pencapaian satu kerja sebagai timbal.
  • Janji hibah berlaku adalah apabila pihak syarikat menjanjikan hadiah bernilai 10% daripada harga jualan e-Store peserta yang berada di dalam kumpulannya, syarat pencapaian sebagai timbalan adalah pihak syarikat mengenakan syarat RM500 jualan sendiri pada bulan tersebut. Akad ini juga boleh ditakyif sebagai Ju’alah iaitu:- Syarikat menawarkan 10% daripada nilai jualan kumpulan di bawah seseorang peserta apabila peserta dan kumpulan di bawah berjaya mencapai satu target jualan. Akad seperti ini juga harus di sisi Islam.
    5% Bonus ‘overriding’ Jualan Kumpulan Rangkaian sehingga jumlah maksima RM4,500 seminggu atau 25% daripada jumlah Jualan Harian Kumpulan (dengan syarat membina sekurang-kurangnya 3 kumpulan dengan 100 mata setiap kumpulan). Penjelasan:
  • 5% ini dianugerahkan oleh pihak syarikat dengan target pencapaian jualan dan pembinaan kumpulan. Justeru ia sekali lagi dibina atas akad Ju’alah.
    3% Bonus jualan rangkaian global GNRSV. Perkongsian daripada 3% jumlah Jualan Rangkaian Global dengan jumlah perkongsian bergantung kepada tahap pencapaian. Penjelasan:
  • 3% ini dianugerahkan oleh syarikat sebagai tambahan pendapatan ahli. Ia didasari oleh Hibah
    Pengedar dan juga ahli-ahli di dalam kumpulannya perlulah membuat JUALAN PERIBADI bulanan minima 20CP (RM60+/-) masing-masing untuk terus menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Penjelasan:
  • Terma ini juga harus di sisi Syariah dan ia didasari oleh akad Ju’alah sama seperti sebelum ini. Yang mana, jualan peribadi dan ahli dijadikan sebagai prestasi atau target yang perlu dicapai bagi membolehkan pengedar dan ahli dalam kumpulan untuk menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Dalam konteks ini komisyen dan bonus rangkaian menjadi imbuhan Ju’alah.

Hasil prestasi jualan bulanan ini juga akan memberikan bonus tambahan kepada pengedar dan kumpulan rangkaian seperti berikut:

    5% Bonus Kesetiaan Kumpulan sehingga kepada tahap maksima mengikut tahap pencapaian atau pangkat. Penjelasan:
  • Ia terbina daripada akad Hibah oleh pihak syarikat kepada ahli yang dirasakan layak dan menepati kriteria tertentu.
    Perkongsian 3%daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat). Penjelasan:
  • Ia terbina daripada akad janji HIBAH yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tiada masalah Syari’ah dalam perkara ini.
    Simpanan Pelancongan daripada perkongsian 2% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat). Penjelasan:
  • Ia juga adalah daripada jenis Hibah Mutlaqah oleh pihak syarikat.

Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan kami jalankan demi memastikan perjalanan perniagaan ini menepati hukum Islam.

Demikian ringkasan kajian kami dan pihak kami sentiasa mengalukan komen membina daripada pelbagai pihak lain sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas daripada semakan dan pemerhatian kami.

Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas pelan atau salahlaku mana-mana individu daripada syarikat atau ahli dalam menjalankan aplikasi pelan dan perniagaan ini, atau apa jua perubahan yang dilakukan di luar pengetahuan kami. Wallahu’alam.

Newsletter

Langgan informasi secara percuma!
Please wait