Sebarang Pertanyaan:

1800 88 4787

+603 6141 8684/85 (Luar Negara)

Stormreaders Network

Secara amnya, sebuah syarikat perlulah melalui beberapa proses utama bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang dan mendapat kelulusan daripada Kerajaan. Oleh itu, Stormreaders adalah sebuah syarikat perniagaan yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 28 Mei 2008 bernombor 819400-M di bawah akta permebadanan akta syarikat 1965.

Stormreaders juga tidak lari dari konsep asal perniagaannya iaitu sebuah syarikat yang memasarkan produk secara berbilang tingkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multilevel Marketing (MLM)’ yang perlu disahkan bagi memastikan segala gerak perniagaan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Stormreaders pada tarikh 8 Jun 2009 telah mendapat kelulusan dari Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan lesen Akta Jualan Langsung (AJL) iaitu AJL: 931780.

Selain itu, Stormreaders turut menguatkan lagi usaha dengan mendapatkan pengesahan Patuh Syariah oleh tokoh ilmuan ekonomi Islam iaitu Dr. Zaharudin Abd. Rahman dan Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed pada 3 September 2009. Pengesahan ini adalah bagi memastikan segala urusan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat berbilang tingkat atau ‘Multilevel Marketing (MLM)’ berada di landasan yang betul dan tepat menuruti syariat Islam tanpa melibatkan penindasan, kezaliman mahupun perkara syubhah.

Stormreaders Network Sdn. Bhd. kini telah beroperasi selama 5 tahun dengan jayanya menawarkan peluang perniagaan keusahawanan yang patuh syariah yang boleh dijalankan secara sepenuh masa atau sambilan dengan potensi untuk kebebasan kewangan. Produk dan khidmat Stormreaders juga boleh didapati secara ekslusif melalui rangkaian pengedar di seluruh Malaysia.

Stormreaders Network

Senarai Sijil & Lesen

Newsletter

Langgan informasi secara percuma!
Please wait